Tular pengantin perempuan selamba tidur ketika upacara ‘havan’, pengantin lelaki pula tersenyum

Tular pengantin perempuan selamba tidur ketika upacara ‘havan’ pengantin lelaki pula tersenyum ketika majlis perkahwinannya.

pengantin lelaki dan pasangannya dilihat duduk bersebelahan ketika upacara ‘havan’. Kedua-dua pasangan pengantin berpakaian sedondon.

Odishatv melaporkan, pengantin yang memakai sari berwarna merah dilihat dengan selamba tertidur, walaupun duduk di sebelah pengantin lelaki.

Ketika pengantin lelaki sedang duduk dan memandang ke arah depan, pengantin perempuan dilihat tertidur.

Selepas beberapa saat, pengantin lelaki dilihat tersenyum, melihat bakal isterinya yang tertidur.

Sejak tular, video berkenaan mendapat maklum balas daripada pengguna media sosial.

“Ini adalah video terbaik di Internet hari ini. Reaksi pengantin lelaki sangat tidak ternilai,” tulis seorang pengguna internet.

“Satu detik yang tidak ternilai dan mengharukan. Dia akan ingat detik ini selama-lamanya,” tulis seorang lagi netizen

“Dia sangat bosan dengan solekan,” tulis netizen lain.

Baca juga: Jodoh diatur ibu bapa itu tidak kekal, akhirnya perkahwinan ini bertahan 2 tahun kerana adanya orang ketiga