Tular perisa aiskrim baru diinspirasi dari seluar jeans, netizen dedah rasa sebenar

Sebuah klip video yang viral di media sosial memperlihatkan kehadiran aiskrim berperisa seluar jean di Jepun yang turut digemari ramai.

Fenomena aiskrim jean itu mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen, dengan sesetengah menganggapnya sebagai langkah kreatif dan unik.

Video viral itu dikongsikan oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @taetaetots. Dalam video tersebut, pengguna tersebut menunjukkan dirinya memegang kon wafel yang diisi dengan pusaran ais krim berwarna biru atau aiskrim berperisa seluar jean.

Video itu menerima lebih 2.6 juta tontonan sehingga kini, malah ramai netizen meninggalkan komen ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perisa aiskrim unik itu.

“Baunya seperti jean segar di kedai. Ya, saya mahu cuba makan itu,” komen seorang netizen.

“Saya pernah cuba menghisap seluar jean ketika berumur lima tahun. Mungkin menu ini (aiskrim) untuk saya,” kata pengguna lain.

Baca juga: Resepi mudah buat sos bawang putih ala kedai arab, ikut sebijik-sebijik mesti menjadi!