Berita semalam melaporkan bahawa sebuah kereta mewah jenama Rolls-Royce, berharga kira-kira AS$250,000 (RM1.18 juta), telah diubahsuai menjadi kenderaan polis di Pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat.
Satu rakaman video memperlihatkan kenderaan mewah itu dipasang dengan lampu siren serta dikelilingi oleh dua anggota polis yang menaiki motosikal.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan (kelengkapan) tambahan yang menakjubkan ini kepada pasukan pengambilan Jabatan Polis Pantai Miami,” ujar jabatan itu menerusi hantaran di platform X.
Namun, kenderaan tersebut dilaporkan hanya dipinjamkan kepada jabatan polis oleh syarikat Braman Motors. Langkah ini diambil dalam usaha untuk menarik minat generasi muda untuk menyertai pasukan penguat kuasa tersebut.
“Merekrut anggota polis di negara ini hari ini adalah satu perkara yang sukar dilakukan.
“Menggunakan kereta ini akan membantu kami melakukan pengambilan (rekrut baharu) dengan sangat bagus,” kata Ketua Polis Pantai Miami, Wayne Jones kepada laman berita WSVN 7 News pada acara promosi di Pantai Selatan, Khamis lalu.
Baca juga: “Angah hidup senang sebab anak dia semua mak jaga, bertahun jadi biawak hidup pun mak tetap sayang”