Kembali tular! Perbualan ‘whatsapp’ ibu Zayn Rayyan ini rupanya buat ramai netizen panas hati

Umum mengetahui kes kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan yang kini kesnya sedang menunggu hari untuk dibicarakan.

Semalam, tular gambar-gambar di laman sosial facebook yang memaparkan kecederaan kanak-kanak itu yang didakwa sama dengan fakta kes.

Kesahihan gambar tersebut tidak dapat dipastikan namun yang pasti ianya sangat meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa ibu kepada kanak-kanak autism itu iaitu Ismanira Abdul Manaf pernah meminta pertolongan darinya untuk membuat solat hajat ketika kanak-kanak itu masih hilang.

Wanita yang dikenali dengan nama Hanna Ali mendakwa, sehingga kini ibu kanak-kanak itu tidak pernah memintanya berhenti dari melakukan solat hajat bagi mencari pembunuh kanak-kanak itu.

“Ibu arwah zayn rayyan tak pernah suruh sya stopkan solat hajat utk arwah anaknya. “

“Group solat hajat ni sya create utk bersama-sama sahabat yang lain termasuk ibu zayn sekali ada join dlm gp tu buat solat hajat dan bacaan yassin mubin utk permudahkan urusan kes arwah zayn.”

Wanita itu turut meminta orang ramai agar memohon maaf dari ibu kanak-kanak itu yang kini meraih tumpuan ramai kerana didakwa membunuh anak sendiri.

“Jadi, sesiapa yang menyebar fitnah tu, mohon maaf pada tuan badan ye. Sya hanya perbetulkan apa yang salah je. Siapa pon pelaku hanya Allah sahaja layak menghukum.”

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Baca juga: “Kerap dimalukan dengan guru senior, realiti kerja jadi cikgu tak semua orang tahu”