Tular video di platform Facebook kelihatan anak muda berbaju Melayu dan bertanjak telah menunjukkan aksi bersilat di Masjis Nabawi.
Rata-rata warganet melihat aksi berkenaan melahirkan rasa kurang sopan apabila membuka langkah di tengah-tengah Masjid Nabawi apatah lagi masjid tempat orang beribadat.
Ustaz Faiz Fateh Az Zahari di Facebook beliau merasakan perkara itu amat pelik tambahan pula di Madinah tempat orang mengerjakan umrah.
“Jangan la buat benda pelik pelik. Jaga adab bila berada di Masjid Nabawi.
“Jaga adab balik negara sendiri bersilat habis-habisan,”kata beliau.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook Mohamad Saufi Miad meminta keluarga orang berkenaan yang berada di Masjid Nabawi memberi nasihat kepada beliau.
“Bgtau dia tu bkn kawasan lapang masjid kg acik dia! Nk tunjuk dia terpaling melayu ke? Buat malu org malaya je lah!
“Pesan tiket pegi palestin sana, test bukak langkah silat kau tu dpn masjidil aqsa sana, tgk amacam !? kata beliau.
Bagaimanapun beliau tidak ada masaalah rasanya kalau dia nak bersilat kat bukit uhud atau padang pasir sekitar haramain sana tu, tapi kat lapangan Masjid Nabawi itu tidak sesuailah
“Tempat tak sesuai krana masjid di sana ada aturan…bkn kg kita utk buat ikut suke kita…sana bawak bndera bawak banner pun dilarang, sdgkan bkn effect pun pada agama prbuatan tu..tapi krana ade aturan yg pmerintah mereka dah tetapkan, patuh sajalah..
“Merujuk tmpat yg dia beraksi seperti dalam video, mmg tak kena dan tak bole..kbetulan time dia buat tu polis masjid takde disitu,”katanya.
Baca juga: Selepas bercerai dengan TikToker dia terbang ke Pakistan kerana ada acara penikahan