Tular video, dakwa pengasas sebenar Pengkalan Chepa adalah Haji Che Pa menantu Sultan Ismail Shah

Tular videa di aplikasi TikTok mendakwa pengasas sebenar Pengkalan Chepa merupakan seorang yang berasal dari Kedah yang dikenali sebagai Haji Che Pa.

Haji Che Pa kemudian dikatakan berkahwin dengan anak Sultan Ismail Shah iaitu Hajah Wan Siti Zainab. Sebab itulah nama Pengalan Chepa diambil sempena nama Che Pa.

Pengguna TikTok Pendosa ingin ke syurga juga memberitahu kawasan kubur Haji Che Pa ini dipanggil sebagai kubur betin lebar.

“Ini bagitahu ni kubur Haji Che Pa pengasas Pengakan Chepa, malah tiada siap yang tahu kubur disini orang panggil kubur betin lebar,”kata beliau.

Malah beliau juga menunjukkan disebelah kubur Che Pa adalah kubur arwah isterinya iaitu Hjh Wan Siti Zainab

“Che Pa dia maghi dari Kedah kemudian berkahwin dengan anak Sultan Ismail Shah iaitu Wan Siti Zainab.

“Hj Che Pa sejak daripada itu merupakan raja Pengkalan Chepa atau lebih dikenali sebagai Tok Pengkalan Chepa.” kata beliau.

Beliau datang ke kubur itu bertujuan untuk membersihkan kawasan kubur, bahkan di kawasan itu ditempatkan kaum kerabat Che Pa.

Pengkalan Chepa terkenal dengan hab penerbangan kedua tersibuk di Malaysia juga pendidikan dan kawasan perindustrian utama di negeri Kelantan. Lapangan terbang negeri Kelantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga terletak di sini.

Tempat ini dikenali sebagai perhentian orang Cam yang pernah menduduki kerajaan Campa dalam rantau Indochina yang berhijrah menuju ke negeri ini untuk pelbagai tujuan selama berabad-abad.

Baca juga: Nasi lemak tak ada sambal? Netizen Malaysia persoal TikToker buat nasi lemak gaul semua bahan