Seorang surirumah dilaporkan nekad menghantar anaknya sendiri yang berusia 7 tahun kerana sering mengganggu rakan di sekolah.
Kejadian yang dirakam dan dipaparkan di laman sosial tiktok itu membuatkan ramai berpuas hati dengan tindakan wanita itu.
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata sudah berulang kali anaknya itu diberikan amaran supaya tidak membuat kacau di sekolah namun kata-katanya itu tidak diendahkan.
“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.
“Saya rasa pengajaran inilah yang terbaik untuk dia belajar dan tidak mengulangi kesilapannya,” katanya.
Walaupun anaknya murid yang cemerlang di sekolah, namun kanak-kanak itu tetap kerap ditegur oleh guru akibat sifatnya yang suka membuat kacau.
“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.
Ditanya mengenai maklum balas pihak polis, Aisyah memberitahu ia hanyalah lakonan semata-mata ingin menakutkan anaknya.
Baca juga: Diratapi seluruh dunia Islam! Ini antara fakta pembunuhan as-Syahid Ismail Haniyeh