Tular di laman sosial Tiktok mengenai video lama penyanyi dan pelakon Alif Satar yang dikatakan melawat sebuah penjara untuk acara berbuka puasa.
Namun apa yang menarik perhatian, rupa-rupanya penghuni penjara yang dimaksudkan adalah OKT yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati iaitu para pembunuh Zulfarhan Zulkarnain.
Dapat dilihat di dalam video Alif Satar dipelawa untuk memilih banduan yang diingini supaya dapat beramah mesra dan penyanyi tersebut memilih untuk bersama dengan banduan yang muda.
Di dalam video tersebut juga dapat dilihat Aliff memberitahu dirinya gentar dan gerun untuk bertemu dengan OKT tersebut iaitu rakan-rakan Zulfarhan yang memakai baju berwarna ungu.
“Suddenly semua kerisauan dan gementar Alif hilang, sepanjang masa mereka sangat friendly dan tersenyum sepanjang masa.”
OKT tersebut turut memberitahu ini adalah kali pertama mereka keluar dari penjara dan berjumpa warga penjara yang lain setelah beberapa lama duduk di dalam sel.
Dikatakan video yang ditularkan ini dari tahun 2019 dimana ketika itu pembunuh Zulfarhan Zulkarnain masih lagi menjadi Orang Kena Tuduh.
Minggu lepas, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail turut memerintahkan keenam-enam mangsa dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Baca juga: Netizen puas hati pembunuh Zulfarhan ke tali gantung, ‘throwback’ video lama mereka tersenyum