Tular video lama Fazura beri amaran kepada netizen, “Penyondol jangan cuba-cuba ya”

Video lama ketika pelakon Fazura dan juga Fattah Amin ketika masih dalam hubungan yang baik tular semula di laman sosial Tiktok.

Menerusi akaun wafieamin, dapat dilihat Fazura yang ketika itu bersiaran langsung memanggil suaminya untuk bersama-sama bersiaran di hadapan penonton.

Namun apa yang mengejutkan, Fazura turut memberi nasihat kepada penonton supaya jangan cuba-cuba menyondol atau mengurat suaminya yang juga pelakon terkenal itu.

“Ramai yang tanya tadi, kepada penyondol-penyondol di luar sana tu jangan cuba-cuba ya nak mencuba suami saya ya”.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Baca juga: Terkejut bila tahu gaji bodyguard boleh cecah RM12,000 sebulan