Seorang petani warga Ukraine menjadi bualan hangat dan tular di sosial media selepas dia didapati mencuri sebuah kereta kebal milik Rusia dengan menggunakan traktor.
Menerusi satu perkongsian Ahli Parlimen Ukraine, Lesia Vasylenk di Twitter, beliau menyatakan bahawa besi buruk amat bernilai di Ukraine, jadi orang ramai mungkin teruja untuk menghasilkan wang dengan menjual besi buruk tersebut.
Tindakan petani itu juga dianggap menghiburkan kerana ia berjaya mengalih perhatian dunia seketika daripada isu pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak beberapa hari lalu.
Salah seorang ahli parlimen British turut tidak terkecuali dalam menulis ciapan mengenai video itu.
Johnny Mercer berkongsikan video dan perkara yang sama iaitu mengenai petani mencuri kereta kebal Russia dengan menggunakan traktor.
“Tiada pakar, tetapi pencerobohan (Russia) dilihat tidak berjalan dengan baik.
“Bahkan petani juga boleh mencuri kereta kebal mereka dengan menggunakan traktor,” tulis Ahli Parlimen itu di Twitter baru-baru ini.