Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara(UiTM) Dungun dipercayai maut setelah dilanggar oleh seorang pemandu kurang siuman.
Menurut laporan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan Honda (SUV) dan dua buah motosikal jenama Yamaha iaitu Y15ZR dan 135LC.
Namun tular di laman media sosial, netizen berkongsi video wanita iaitu suspek utama menari dan memandu seorang diri.
Wanita tersebut dilaporkan telah ditahan pada malam tersebut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Baca juga: Mat Saleh ‘diserbu’ gara-gara muat naik hantaran tak suka Kuala Lumpur, rupanya ada maksud tersembunyi