Tular wanita Palestin didakwa buat kecoh, siap baling selipar pada pengawal!

Tular di laman sosial Instagram rusuhan yang berlaku di Wisma Transit Angkatan Tentera Malaysia(ATM).

Berdasarkan pemerhatian, dapat dilihat beberapa rakyat Palestin kelihatan mengerumuni ruang legar di bangunan itu.

Bangunan itu menempatkan tempat transit sementara rakyat Palestin yang cedera dan dirawat di negara ini.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan, penduduk dari negara Timur Tengah itu dilaporkan tidak berpuas hati berpunca daripada tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

“Kesemua warga Palestin kemudiannya masuk ke lobi utama WTKL dan membuat kekecohan serta amukan dengan memecahkan pasu serta merosakkan hiasan yang terdapat di lobi utama WTKL.

“Kejadian juga cuba diredakan pegawai bertugas, namun salah seorang daripada warga Palestin membaling selipar ke arah Pegawai Bertugas. Wakil Kedutaan Palestin juga turut hadir serta cuba menyuraikan kekecohan tetapi tidak berjaya,” tulisnya.

Usaha tersebut ternyata sia-sia apabila wanita linkungan 40an itu bertindak memecahkan pasu hiasan di bangunan itu.

Pergaduhan itu turut melibatkan perang mulut di antara beberapa rakyat Palestin dan juga pengawal keselamatan yang bertugas.

Baca juga: Tuan Ibrahim selar kerajaan mahu lupus subsidi golongan kaya, “Isu pendidikan adalah tanggungjawab mereka”