Penemuan palam pintu pada Boeing 737 Max 9 yang bertulis tangan ‘Buatan Malaysia’ sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia dalam siasatan insiden penerbangan.
Portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB) melaporkan pengalaman guru sekolah, Bob Sauer, yang menemui palam pintu terlepas dari pesawat Alaska Airlines Boeing 737 MAX 9 pada 5 Januari yang lalu.
Dalam kejadian pada Jumaat minggu lalu, sebuah pesawat Alaska Airlines yang berlepas dari Oregon menuju California terpaksa melakukan pendaratan darurat pada ketinggian 4,876 meter apabila sebahagian tingkapnya tercabut.
Seorang guru sains yang menemui palam pintu itu, Bob Sauer berkata, dia menemuinya pada Ahad lalu.
“Pokok-pokok di belakang rumah saya menampung pintu tersebut ketika ia jatuh. Jadi ia tidak menghempas tanah dengan sangat kuat,” katanya.
Yang lebih menarik dalam penemuan itu ialah bagaimana nombor siri dan butiran pembuatan tambahan pada palam pintu kelihatan seolah-olah ditulis dengan tangan menggunakan penanda dakwat kekal yang menyatakan ‘Buatan Malaysia’.
Perkara itu bagaimanapun belum disahkan kerana NTSB (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan) masih menjalankan siasatan.
Baca juga: “Benci tengok kakak ipar tak reti bergaul, aku tanya mak kenapa terima dulu kalau tak berkenan”