Seorang model media sosial Florida mengaku membunuh teman lelakinya untuk pertahanan diri namun video yang tular membuktikan sebaliknya apabila dia dilihat sangat ganas ketika pergaduhan di dalam lif.
Video baru berdurasi satu minit itu menunjukkan pasangan itu memasuki lif ketika Courtney Clenney menekan skrin sentuh butang lif dengan kuat. Teman lelakinya, Christian Obumseli kelihatan cuba menenangkannya tetapi dia ditampar dan ditolak berkali-kali.
Clenney,26, melompat dan mencengkam rambut lelaki itu dari belakang, memusingkan kepalanya ke belakang sebelum menumbuknya di bahagian kepala.
Mangsa meletakkannya di bawah lengannya dan cuba menahannya sebelum menekan butang lif ke lantai mereka. Tetapi dia terus melancarkan serangan berulang kali ke atasnya ketika dia cuba menghalang pukulan ganas teman wanitanya.
Clenney meneruskan serangannya walaupun pintu dibuka dan mereka tumpah keluar ke koridor sambil kelihatan berteriak antara satu sama lain.
Menurut laporan penahanan, Clenney mengakui membunuh Obumseli, namun berkata dia bertindak untuk mempertahankan diri.
Dia berkata, Obumseli menolaknya hingga jatuh ke lantai sebelum menyebabkannya mengambil pisau dan melemparkannya ke arah Obumseli dari jarak kira-kira tiga meter.
Namun, pemeriksa perubatan berkata, luka Obumseli tidak mungkin disebabkan oleh pisau yang dilemparkan dari jarak itu.
Peguam bela Clenney di Miami, Frank Prieto berkata, pendapat pemeriksa perubatan tidak akan sesuai dengan penelitian saintifik apabila mereka berhujah mempertahankan diri semasa perbicaraan.
Pemeriksa perubatan daerah berkata, dalam laporan bedah siasat Obumseli yang bekerja dalam industri mata wang kripto, meninggal dunia akibat tikaman kuat dari bilah yang masuk 7.6 sentimeter ke dadanya hingga menembusi arteri utama.
Fernandez Rundle menyifatkan kematian Christian Obumseli di apartmen Miami pasangan itu pada 3 April lalu sebagai kemuncak hubungan yang hebat dan agresif yang bermula pada November 2020.
Baca Juga: Leka berparti liar sambil mengambil dadah, datuk seri dan 24 individu ditahan polis