Tun Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.
Istiadat tersebut dihadiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis dan juga Pegawai Kewangan negeri yang bekerja sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Salhah Salleh.
Turut hadir di upacara yang sama ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Ibrahim Durum, Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Mohd Radzi Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
Tanggal 28 Mei bulan lalu, Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk mengurniakan Surat Cara Perlantikan kepada beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka untuk penggal kedua bermula hari ini.
Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca juga: Sah peguam wakili ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri mulai Selasa, “Saya ada alasan kukuh