Tunggu 4 tahun lagi masalah air selesai, Kelantan akan buat permohonan kepada PM Anwar untuk tukar paip

Selepas berlarutan 30 tahun masalah air di Kelantan, kerajaan negeri semalam memberi jaminan isu itu dijangka selesai sepenuhnya lagi 4 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penukaran paip dapat dipercepatkan.

“Untuk masa kini, kita hanya berupaya menukar 150 km untuk setahun dan kita akan buat permohonan untuk melantik lebih ramai kontraktor supaya dapat menukar paip sepanjang 250 km setahun.

Baca Artikel Penuh