Tunggu sejak 2021 lagi, sebab apa tak buka?-Projek Platinum Mall didakwa projek gajah putih

Rakyat negeri Kelantan dikhabarkan sedang menunggu projek Platinum Mall buka tetapi sehingga sekarang belum bukak. Sebab apa?

Malah rakyat Kelantan turut mendakwa Projek Platinum Mall itu sebagai projek gajah putih kerana kerajaan negeri dilihat gagal dalam menangani projek baru

“Guna tok buko2 ni?? Tggu sejak 2021 lagi ni.. alorh laa

“Platinum Mall, antara projek kerajaan Pas Kelantan yang gagal, habis berpuluh juta akhirnya jadi projek gajah putih.

“Sudah dia tiga tahun siap, tapi sampai sekarang masih kosong tiada penghuni,”ciap seorang Twitter @lady_bugg11.

Lokasinya sangat dekat dengan stesen bas ‘kandang lembu’ Kota Bharu yang pernah viral tidak lama dahulu.

Kiranya bila perantau baru sampai turun bas, terus nampak Platinum Mall, maka dalam hati perantau, “wah, ini satu kejayaan PAS!”, walhal ia satu penipuan dan kegagalan sehingga ke hari ini, ciapnya.

Begitulah perantau diperbodohkan oleh kerajaan Pas Kelantan selama ini.

“TMB pernah berkata beberapa tahun dahulu, ‘kecik-kecik sampoh mung napok, bakpo hok besar serupa Platinum Mall mung tok napok? baso tolol pah katah belake”,”ciap beliau.

Baca juga: Menang, tapi duit RM21.26 juta dari Squid Game The Challenge belum dapat lagi