Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja.

Menurut Harian Metro, Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.

“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

“Saya mahu berehat sekejap mulai hari ini,” titah baginda.

Tunku Ismail adalah anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

Pemangku Raja adalah seseorang yang memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.

Baca Juga: Johor pertimbang semula cuti hujung minggu

Baca Juga: “Ramai salah faham”- Pemain Harimau Malaya perjelas kontroversi rai kejayaan di kelab malam