Walaupun sedar pengambilan durian tidak dibenarkan dalam hotel bahkan tidak pernah menyangka peraturan itu akan digunakan untuk bilik hotel.
Seorang pelancong China dikenakan denda S$500 (RM1,708.73) selepas didapati membawa durian Musang King ke dalam bilik hotelnya di Singapura.
Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Xiaohongshu, pelancong China itu menceritakan pengalamannya hampir didenda kerana membawa buah itu ke dalam biliknya di sebuah hotel bernama Sentosa Cove.
Wanita itu berkata dia membeli Musang King untuk dirinya sendiri kerana ahli keluarganya bukan penggemar durian.
Sebaik selepas makan malam, dia memutuskan untuk membawanya kembali ke hotel untuk disimpan walaupun menutup beg berisi buah itu dengan ketat akhirnya ia bau yang kuat.
Malangnya, keesokan harinya pelancong China itu diberi surat amaran kerana membawa buah itu ke dalam biliknya.
Dalam surat yang ditulis dalam bahasa Mandarin, pengurus hotel itu berkata bahawa hotel itu mengamalkan ‘polisi larangan durian’ yang ketat kerana baunya cenderung melekat di dalam bilik.
Jika kakitangan perkhidmatan bilik menyedari durian atau baunya di dalam bilik semasa atau selepas penginapan pelanggan, pihak hotel akan mengenakan denda S$500 (RM1,708.43), yang akan digunakan untuk membayar bagi membersih bilik tersebut.
Bagaimanapun pihak hotel menarik balik denda tersebut kerana ini merupakan kali pertama dia melakukan kesilapan itu.
Wanita itu menulis bahawa dia bersyukur diberi peluang kedua oleh pihak hotel dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.