Tutup jalan untuk majlis perkahwinan, majlis dihentikan seketika untuk bagi laluan kepada pengusung jenazah

  • Post author:

Tutup jalan untuk majlis perkahwinan, majlis dihentikan seketika untuk bagi laluan kepada pengusung jenazah. Majlis perkahwinan selalunya dilakukan secara besar-besaran hingga terpaksa menutup sementara jalan untuk kelancaran majlis.

Bagaimanapun, kejadian sebaliknya berlaku terhadap majlis perkahwinan itu kerana jalan yang digunakan merupakan satu-satunya akses ke kawasan perkuburan.

Sebuah klip video di media sosial Indonesia yang dimuatnaik @andreli_48 memaparkan acara di sebuah majlis perkahwinan dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada rombongan mengusung jenazah ke tanah kubur, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian sekumpulan lelaki membawa keranda melintasi khemah majlis perkahwinan itu berlaku di Demak, Jawa Tengah.

Kelihatan sebilangan tetamu majlis menghentikan aktiviti mereka dengan muzik dimatikan untuk menghormati rombongan tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Dua rahsia Tuhan sedang berlaku, kematian dan jodoh,” kata seorang netizen.

“Beginilah hidup, ada suka dan duka. Semoga yang meninggal itu husnul khatimah dan yang berumah tangga sakinah mawadah warahmah. Amin,” komen netizen lain. – Agensi

Baca Juga: Warga emas ditemui mati dalam rumah berkunci

Baca Juga: ‘Geng anticucuk’ dah macam sampai tahap khurafat, doktor ini jawab fitnah konon hantar pawang dari seberang buat sihir pada anak