Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan.
Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan atas kemenangan Ziyad.
Astro ARENA pula melaporkan, protes itu membabitkan tiga atlet termasuk Ziyad yang dikatakan lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
“Maka, penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta-merta. Emas diraih atlet dari Ukraine Maksym Koval,” lapor Astro ARENA.
Sementara itu, sejak isu hangat ini timbul, twitter Menteri Belia dan Sukan yang baru, Faizal Azumu dilihat aktif melaporkan situasi semasa.
Rata-rata rakyat Malaysia menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ukraine di ruangan komen twitter Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja dikalangan ahli politik.
Tweet Faizal berbunyi:-
-Update Tokyo – Masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protest Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador.
-KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga2, sedang counter protest. Doakan
-Update Tokyo – Protes drpd Ukraine masih diterima. Counter protest drpd 3 negara akan dibawa ke mesy CDM esok pagi. Kita pertahankan!! Mohon doa rakyat Msia.
Update Tokyo – Masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protest Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador.
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021
KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga2, sedang counter protest. Doakan
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021
Counter protest masih dalam proses. Kita sama2 doakan pic.twitter.com/oIBTBy4NVq
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021
Update Tokyo – Protes drpd Ukraine masih diterima. Counter protest drpd 3 negara akan dibawa ke mesy CDM esok pagi. Kita pertahankan!! Mohon doa rakyat Msia.
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021