Ubat peransang seks dapat permintaan tinggi di Malaysia walaupun tak didaftar

Ubat peransang seks dapat permintaan tinggi di Malaysia walaupun tak didaftar. Susulan dengan isu tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) kini giat membanteras aktiviti penjualan produk-produk ini termasuk pemantauan di media sosial.

Menurut Pengarah JKNT, Datuk Dr.Kasemani Embong ubat perangsang seks adalah antara produk tidak berdaftar yang telah mendapat permintaan tinggi.

“Ubat itu biasanya dicampur dengan racun berjadual seperti sildenafil yang boleh memberi risiko kehilangan penglihatan dan pendengaran, strok di sampaing serangan jantung,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang tahun 2020 hingga 2021 sebanyak 1,287 ubat tidak berdaftar serta kosmetik yang tidak bernotifikasi yang berjumlah lebih RM1.1 juta telah dirampas.

Tambah Kasemani lagi, pada tahun 2018 hingga 2019 pula, 1,814 jenis barangan tersebut telah dirampas dan membabitkan nilai berjumlah RM2.14 juta.

Siasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 jika jual produk tidak berdaftar dan tidak bernotifikasi

“Kita ingin memberi peringatan yang pemilikan dan penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi boleh disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” kata Kasemani.

Ubat yang tidak berdaftar ini selalunya mempunyai bahan yang boleh membahayakan kesihatan apatah lagi ia meresap ke dalam tubuh badan kita. Belum tua dah kena buat dialisis buah pinggang sebab makan ubat sesuka hati tanpa ikut saranan doktor.

Baca Juga: Empat mitos yang anda perlu tahu tentang isi minyak kereta

Baca Juga: Rakyat Thailand dibenarkan tanam pokok ganja di rumah, tetapi ada syaratnya