Sejak kes COVID-19 meningkat mendadak pada bulan lalu, sesetengah pihak mula mengambil inisiatif untuk ‘mewajibkan’ orang ramai mengambil ujian Covid-19 terlebih dahulu sebelum orang ramai boleh meneruskan urusan mereka.
Namun harga untuk satu-satu ujian bukanlah murah, ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit. Ia sangat membebankan orang ramai, lebih-lebih lagi sewaktu pelbagai sekatan ekonomi tanpa bantuan sara diri yang mencukupi ketika ini.
Orang ramai sudah mula meluahkan keluhan mereka melalui media sosial sejak awal bulan ini. Rata-rata mereka menyatakan harga terlampau mahal dan ‘tidak mesra rakyat’. Jika harga untuk seorang pun sudah cukup mahal, apatah lagi jika ujian Covid-19 dibuat untuk satu keluarga.
Bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah mengumumkan harga siling untuk ujian Covid-19 telah ditetapkan untuk memastikan harga tersebut berpatutan buat orang ramai.
Beliau menyatakan harga yang ditetapkan telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 pada 11 Mei untuk dijadikan panduan bagi orang ramai ketika membayar ujian tersebut.
Memetik laporan The Stars, harga siling ujian COVID-19 yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang tertakluk di bawah Ordinan Darurat adalah seperti berikut —
Ujian RT-PCR: RM150 (Semenanjung), RM 200 (Sabah & Sarawak).
Ujian RTK-Antigen: RM60 (Semenanjung), RM80 (Sabah & Sarawak).
Ujian RTK-Antibody: RM50 (Semenanjung), RM70 (Sabah & Sarawak).
“Sekiranya harganya lebih dari yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, pihak yang bertanggungjawab harus menjelaskan setiap kos tambahan tersebut,” tegas Datuk Seri Dr Adham Baba semasa taklimat mingguan bersama media semalam.
Jika orang ramai mendapati caj yang dikenakan telah melebihi harga siling oleh mana-mana klinik, hospital dan makmal, Menteri Kesihatan meminta orang ramai untuk membuat laporan secara terus kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan (CPRC).
Anda boleh menghubungi mereka untuk membuat laporan melalui beberapa cara seperti berikut:
Hubungi nombor hotline: 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Hantar mesej WhatsApp: 6013 927 9454 / 6010 969 9435
Hantar emel: [email protected]
Di samping itu, orang ramai turut boleh membuat laporan kepada badan-badan agensi lain seperti berikut —
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Hubungi nombor hotline: 1-800-886-800
Layari laman web: e-aduan.kpdnhep.gov.my
Hantar mesej WhatsApp: 6019 279 4317
Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Hubungi nombor hotline: 03 7876 2009
Hantar emel: [email protected]
Pusat Aduan Pengguna Negara (NCCC)
Hubungi nombor hotline: 603 7803 6000 / 603 7805 0009
Sekiranya anda ada mengetahui ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan tempat sekerja yang telah membayar ujian COVID-19 melebihi harga siling yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, kongsikan artikel ini supaya mereka mendapat hak yang sepatutnya ketika situasi darurat ini.
sumber : https://www.thevocket.com/ujian-covid-19-ini-cara-buat-aduan-andai-anda-dicaj-melebihi-harga-siling/