Sedang lena diulik mimpi semasa tidur, lelaki dikejutkan dengan sesuatu yang bergerak dalam seluarnya. Alangkah terkejutnya dia apabila yang bergerak itu adalah ular tedung.
Tanpa berlengah lelaki tersebut terus menelefon rakannya untuk menyelamatkannya.
Dalam video Facebook yang disiarkan oleh penyelamat ular, Ner Khwai Tai pada 8 Jun, dua anggota Snake dan Rescue Rayong dilihat sedang menyelamatkan ular tedung itu.
Difahamkan, lelaki berkenaan sedang tidur di atas tilam kusyen di lantai simen ketika ular itu menjalar masuk ke dalam rumah dan memasuki seluar dalamnya di bandar Rayong, timur Thailand.
Ketika pasukan penyelamat tiba, orang ramai sudah berkumpul di rumah lelaki itu. Penyelamat menggunakan cangkuk untuk menarik reptilia itu keluar.
Video menunjukkan Khwai Tai menyelamat ular itu sudah ditonton lebih sejuta tontonan dengan pelbagai komen ditinggalkan di laman sosial itu.
Ada yang menyoal: “Mana seekor lagi” dan seorang lagi menasihatlkan: “Jangan salah tangkap” manakala ada yang bertanya: “Di mana telurnya?”.
Pada Februari lalu, seorang lelaki dari New York City yang ditangkap cuba menyeludup tiga ular sawa Burma dalam seluarnya dijatuhi hukuman berkelakuan baik setahun dan denda AS$5,000 (RM23,560).
Calvin Bautista, 38, didakwa pada 2022 selepas dia mengaku cuba menyeludup reptilia itu yang disenaraikan sebagai antara spesies terancam di dunia, ke Amerika Syarikat (AS) pada Julai 2018.
Baca; “Tak sangka pasal cop parking pun aku boleh kena sihir, tiga janin gugur macam kena koyak”