Ulas isu ‘childfree’ makin berleluasa, ini kata Mufti Wilayah Persekutuan

Ramai individu di Malaysia kini enggan mendapatkan zuriat sendiri berikutan tidak mampu kewangan dan juga mempunyai masalah lain.

Namun bagi yang sihat walafiat serta mampu dari segi kewangan ia seolah menafikan fitrah manusia serta berlainan dengan sunnah Rasulullah SAW untuk meramaikan umat islam yang mempunyai kualiti.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa jika pasangan suami isteri bersetuju untuk tidak memiliki anak tanpa alasan yang diakui syarak, seperti keinginan untuk bebas daripada tanggungjawab, maka perbuatan tersebut dianggap makruh.

“Manakala, pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat selama-lamanya bahkan melakukan apa sahaja cara termasuk prosedur perubatan bagi menghilangkan kemampuan reproduksi (pemandulan kekal) dan menggugurkan kandungan tanpa pengesahan doktor perubatan dan sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak, maka perbuatan tersebut adalah haram,” kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan, hari ini.

“Lebih-lebih lagi jika terdapat kemudaratan dan keuzuran seperti menyebabkan kematian, menyebabkan keadaan penyakit bertambah teruk dan sebagainya, maka hukumnya adalah harus dengan syarat kaedah pencegah kehamilan tidak mendatangkan mudarat dan bertepatan dengan syarak,” ujarnya.

Mufti turut menegaskan mempunyai anak sendiri mempunyai tujuan sendiri dalam syariat.

Islam turut tidak mewajibkan pasangan memiliki anak dan juga tidak menghalang dari tidak mempunyai anak.

“Berdasarkan penelitian, pada dasarnya persetujuan antara suami isteri untuk tidak memiliki anak atau ‘childfree’ adalah diharuskan sekiranya terdapat kemaslahatan khusus buat pasangan tersebut.

“Pilihan ini mestilah mendapat persetujuan bersama kerana memiliki anak merupakan hak bagi setiap individu yang berpasangan,” katanya.

Baca juga: Netizen persoal Siti Nurhaliza sebagai pakar Universiti Malaya, “SPM pun mangkor”