Umat Islam boleh bergembira, bulan Ramadan ni boleh sembahyang terawih

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad pada semalam telah memberi jaminan bahawa sembahyang sunat Terawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara pada bulan Ramadan ini

Whatsapp Image 2021 04 01 At 2.05.09 Pm

“SOP nanti akan agak longgar, bergantung kepada keadaan semasa. Kita akan ikut nasihat daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan buat panduan Tarawih dari situ,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sumbangan Tablet kepada Pelajar dan Bantuan WiFi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Surau Jumaat At-Taqwa, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Baru Air Panas, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, SOP bagi solat Tarawih di bulan Ramadan nanti masih belum dimuktamadkan namun operasi di masjid setakat ini masih berjalan seperti biasa walaupun negara mencatat kes harian melebihi angka 20,000.

Insya-Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah supaya Covid-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baru, kita akan jaga elok-elok.”

Annuarmusa