Berita ini dipetik dari Malaysiagazzete
Cabaran yang dilemparkan veteran UMNO, Tan Sri Sharir Samad agar parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor adalah berniat jahat.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas Ahli Parlimen Johor Bharu itu tidak sepatutnya mencabar beliau kerana perkara itu boleh berlaku.
“Itu niat jahat, Shahrir Samad saya kenal. Dia hendak supaya macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.
“Ini pemimpin UMNO, apa pemikiran dia, jangan cabar saya. Saya Presiden Bersatu dan Perikatan Nasioal.
“Hanya kerana memikirkan soal rakyat, Shahrir tak fikir, dia nak cabar saya, saya boleh buat. Esok atau sekarang saya boleh tekan butang semua jatuh. Kamu nak lihat itu berlaku, pasal saya takut nak buat begitu, saya tidak takut, saya fikir yang penting adalah rakyat.,” katanya pada sidang media di Kampung Air Panas, di sini, hari ini.
sumber : https://malaysiagazette.com/2021/11/12/shahrir-jangan-cabar-saya-tarik-sokongan-muhhyiddin/