Umum manifesto pengagihan deodorant untuk pelajar yang ada bau badan, calon ini menang bertanding dalam pilihanraya kampus

Bila musim mengundi tiba maka calon pilihanraya akan berpusu-pusu untuk berkempen dan mengeluarkan manifesto bagi meraih undian.

Calon pilihanraya kampus juga tidak terkecuali untuk bermanisfeto. Biasanya calon yang menang akan mewakili jawatankuasa pelajar bagi suatu tempoh tertentu.

Calon ini akan dipilih oleh pelajar kampus sendiri. Baru-baru ini viral dalam kalangan warganet seorang calon pilihanraya kampus Universiti Malaysia Sabah yang bertanding iaitu Siti Nur Asyiera kerana manifestonya yang sangat unik.

Dia mengemukakan dua manifesto iaitu pengagihan deodorant bagi pelajar yang mempunyai masalah bau badan dan memperkasakan sistem mentor-mentee pelajar.

Manifestonya tentang pengagihan deodorant itu telah meraih perhatian warganet dan mengundang tawa.

Rata-rata warganet juga menyokong manifesto itu dan memahami bagaimana perasaan bila berhadapan dengan individu yang berketiak busuk.

Asyiera merupakan pelajar fakulti perniagaan, ekonomi dan perakaunan. Dek manifeso tersebut, dia berjaya memenangi tempat kedua dalam pilihanraya itu. Tahniah diucapkan.

Lepas ni bolehlah claim deodorant percuma.

Baca juga: ‘Shooting’ di tanah suci Mekah tapi skrip sangat keterlaluan, Ustazah Asma Harun luah kecewa, tegur seluruh produksi drama minta jaga sensitiviti dan tutur kata ketika di tanah suci