Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sama ada terdapat unsur rasuah atau sebaliknya apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Baharu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mereka juga masih belum membuka kertas siasatan namun mengambil kira selepas kejadian tersebut dilaporkan oleh pihak media.
“Kita akan melihat adakah isu yang dibangkitkan itu adalah isu rasuah ataupun tidak. Setakat ini, tiada kertas siasatan yang dibuka,” katanya.
Sebelum ini, badan bukan kerajaan (NGO) Tindak Malaysia mengkritik kerajaan atas pengumuman peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Baharu.
Tindak Malaysia turut mengecam perkara itu dan menggelarnya sebagai ‘luar biasa’ serta berpendapat ianya tidak sah kerana pilihan raya kecil masih lagi berlangsung.
Baca juga: Timbul dakwaan kerajaan tidak mampu beri gaji lebih, ini respon tegas Anwar Ibrahim