Umur 59 tak halang Pak Cik Hamdan ambil SPM

Pakcik umur usia 59 tahun mencabar diri sensiri apabila berani mengambil SPM pada umur emas.

Hamidan Yahaya yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (rejimen 504 Askar Wataniah) berkata dia didorong oleh keseronkkan belajar dan mahu cabar kemampuan diri, katanya seperti dipetik astro Awani.

Hamidan berkata apa yang lebih membanggakan dia berjaya memperoleh B+ bagi mata pelajaran Sains yang diambil.

Saya tak ada cikgu, tidak pergi tuisyen, tidak berpandukan TikTok atau Google… Dengan hanya guna buku yang dibeli sendiri, buat latihan, kemudian tengok jawapan di belakang buku.

Saya ingin cuba dan cabar diri. Saya juga seronok masuk dewan peperiksaan.

Tambahnya, dia akui terdapat cabaran ketika menjawab soalan peperiksaan itu dibandingkan dengan SPM yang pernah diduduki pada 42 tahun lepas.

Dulu keputusan SPM saya dapat pangkat tiga, untuk Sains dan Matematik sekadar lulus.

Dia juga sempat menasihati golongan muda supaya mengambil berat akan kepentingan SPM kerana itu adalah langkah permulaan untuk masa depan yang cerah.

Terdahulu, Hamidan juga pernah menduduki peperiksaan SPM 2022 bagi pelajaran Matematik dan berjaya peroleh A dengan hanya belajar sendiri!

Baca: Rosmah gagal ‘seret’ kerajaan, polis dalam saman barang kemas hilang RM67.4 juta