‘Umur 78, kalau 20-an aku tak tahu la macam mana’-Aksi warga emas guna 3 jari tekan tubi tarik perhatian netizen

Aksi warga emas tarik perhatian netizen apabila dia hanya menggunakan 3 jari sahaja untuk tekan tubi yang tular di media sosial.

Perkongsian menarik itu telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @cgmai1. Pesara askar itu dikatakan berumur 78 tahun dan pernah berkhidmat sebagai di Batalion 17 Rejimen Askar Melayu DiRaja.

“Batalion 17 Rejimen Askar Melayu DiRaja. Meskipun umur 78 tahun, masih sihat dan bersemangat,” tulis kapsyen tersebut.

Pesara itu dilihat hanya memakai kain pelikat dan berbaju putih pagoda. Yang lebih menarik, beliau berjaya menunjukkan aksi tekan tubi tiga jari sebanyak dua kali itu tanpa masalah sedikit pun.

Aksi tekan tubi itu dilakukan di dalam sebuah rumah dan dihadapan beberapa orang tetamu yang berada di sebalik rakaman video tersebut.

Di mana lokasi dan siapa nama pesara itu bagaimanapun tidak dapat diketahui ekoran pengguna tersebut tidak mendedahkan maklumat yang lebih lengkap.

Apa yang pasti, kekuatan dan kehebatan pesara askar tersebut yang mampu melakukan tekan tubi menggunakan empat jari itu wajar dipuji walaupun sudah lama bersara namun tubuh masih lagi kekal cergas.

Justeru, perkongsian menarik itu telah mengundang reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial. Mereka juga dilihat sempat meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Umur 78, kalau 20-an aku tak tahu la macam mana paklong ni dulu. Confirm badan macam Bruce Lee,” tulis seorang netizen yang mengagumi pesara askar tersebut.

“Alhamdulillah, semoga pakcik terus sihat dan memberi inspirasi kepada anak cucu pakcik,” tulis seorang netizen yang mendoakan pesara askar tersebut.

“Thank you for your service sir! I always respect our frontliners, memang mantan dah hebat!” tulis seorang lagi netizen menghormati pesara askar yang pernah berkhidmat untuk negara.

Baca juga: ‘Sedarlah wahai Israel, sedangkan duit syiling ini lebih tua daripada kamu’