“Umur 8 tahun dah dikerah pergi niaga kuih naik basikal. Abang pulak malu, jadi dia suruh aku jerit sorang..”

Ramai yang mempunyai pengalaman dibesarkan dengan serba susah disebabkan keluarga kurang berkemampuan.

Namun ramai juga turut menjadikan ia sebuah pengalaman paling berharga disebabkan dibesarkan dengan cara sebegitu jadi mudah untuk menyerap ‘susahnya’ kehidupan zaman kini.

Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang kerap disuruh kerja kerja yang berat namun mengeluh kerana hanya dirinya yang diharapkan berbanding adik-adik yang lain.

Hari m4kin hari aku serabut berfikir perkara yang tiada kesudahan. Akhirnya nanti aku yang termenung panjang mengenang nasib sendiri. Siapa baca kisah aku dari mula mungkin akan faham apa yang aku nak sampaikan.

Nama aku Dunya, anak kedua dari 7 bersaud4ra. Sepanjang proses aku meningkat dewasa. Zaman kanak-kanak aku tak seindah mereka di luar sana. Yang boleh menikm4ti zaman keanakan dengan bermain tanpa rasa ingin cepat menjadi dewasa.

Zaman sewaktu aku kanak-kanak adalah zaman yang paling aku takut, tr4uma, hilang keyakinan dan dalam sedar ianya membawa ke alam remaja dan dewasa. Aku seolah dituntut cepat menjadi dewasa waktu aku belum cukup mengenal erti hidup. “Betapa kerasnya dunia hari ini.”

Masa umur aku dalam 8 ke 9 tahun macam tu aku pernah tolong mak jual kuih ketayap naik basikal berdua dengan abang keliling kampung. Dari satu rumah ke satu rumah kami pergi bertanya untuk membeli jualan kami.

Abang aku hanya bawa kan saja basikal tu dia tak nak pun cakap, “kuih… kuih… kuih… macam memanggil orang untuk membeli. Abang siap pesan kat aku “kau je cakap, aku tak nak, aku tolong bawakkan basikal je,” alasan sebab dia malu.

Yer MALU!!! Aku pun pemalu juga nak laungkan suara aku untuk berjualan tapi aku terp4ksa tebalkan air muka aku ni demi nak bantu mak. Alhamdulillah, semalu dan introvert nya aku untuk bercakap dengan orang akhirnya jualan kami laku habis.

Aku bangga dengan pencapaian kecil aku walaupun hanya bercakap dengan orang tanpa perlu keyakinan penuh, yang penting aku cuba. Aku pernah bantu keluarga dengan kerja kutip buah sawit lerai, susun pelepah dan tandan sawit di kebun sawit atok dapat la upah RM30 je masa tu.

Bagi aku dah banyak dah sebenarnya tak berbaloi yer tapi apa boleh buat itulah bayarannya. Dalam umur 9 tahun boleh je angkat tandan sawit berdua dengan abang susun dilonggokan, yang baca ni mesti tak percayakan?

Sebenarnya itu betul yer memang kerja berat pun saya sanggup buat demi nak bantu keluarga nak cari duit lauk la katakan, kena la kerja. Bila dah dapat upah hasil kerja sawit pagi tadi tu, sebelah petangnya pula kami ke pasar menumpang naik kereta mak saud4ra untuk membeli sayur dan ikan.

Bila bawak balik ikan segar tu tengok mak gembira tersenyum sebab anak membantu tanpa berkira. Ada lebihan duit tu selalunya aku akan beli rangka ayam goreng, paha atau isi ayam goreng untuk makan bersama. Adik – adik aku yang masih kecil pun seronok je tengok kakak dengan abang belikan ayam goreng.

Kami makan kongsi sorang sikit, pastikan semua dapat merasa. Sebab kami jarang dapat makan ayam goreng. Nikmatnya bila sekali sekala dapat makan. Pernah la masa tu ayah aku dah start jadi baik sebab dia bergaul dengan orang tabligh. Dia keluar jemaah.

Aku tak pasti ayah bagi ke tidak duit belanja dapur. Tapi dia kata yakin je rezeki tu nanti ada Allah bagi. Memang ada pun, kedai runcit tu sponsor barang keperluan makanan kering la untuk kami sekeluarga, syukur sangat. Tapi bekalan lauk basah kami tiada.

Jadi aku berpakat dengan abang nak pergi ke bendang petang itu sebab musim orang mencari ikan d4rat. Ada yang memancing, pukat ikan, menjala la. Kami pergi berdua naik basikal je jauh la juga nak kayuh nyer. Tapi kami pergi juga yakin ada rezeki tuhan nak bagi yang penting ikhtiar usaha je dulu.

Mula pergi la ke satu lorong parit ni air ban dia masih dalam nak sauk ikan pun tak boleh ikan pun tak nampak yang melompat. Kami pergi tempat kedua pun sama juga. Sampai la aku cakap dengan abang, “jom la kita pergi ke parit air ban depan lagi tu, mana tau air dah surut boleh kita sauk ikan pakai jaring yang kita bawa ni”

Abang aku pun kayuh la basikal dengan harapan kami berdua ada rezeki nak bawa balik nanti. Dari jauh dah nampak m4kin ramai orang tumpu ke satu lorong parit situ. Rupanya air ban situ orang dah buang air. So memang akan cetek parit tu senang la gagau ikan pakai serkap pun boleh.

Kami sampai je tengok je ramai orang masing-masing seronok mencari rezeki untuk keluarga ada yang nak jual. Abang dah turun berkubang dah dalam selut lumpur air cetek parit tu sebab nak sauk ikan aku tunggu ikan diatas je.

Nak dik4takan rezeki. Sorang pakcik dia tegur aku dia tanya, “kau ni anak siapa, nak cari ikan ke,” aku pun dengan ramah sembang dengan pakcik tu hilang terus malu aku. Kebetulan masa borak dengan pak cik tu dia baru lepas angkat pukat ikan dia.

Dapat banyak sangat ikan haruan besar ada kecil pun ada. Pak cik tu pilih yang besar – besar je sebab dia nak jual kecil dia tak nak. Pak cik tu pelawa la aku “kau nak tak ikan haruan ni pak tak nak yang kecil ni, bawak balik nanti suruh mak kau masak goreng, sedap ni ikan baru”

Aku dengan tak malunya cakap nak je pak cik, kalau dah bagi. Aku cakap terima kasih pak cik sebab bagi ikan ni. Dia kata dia kesian tengok kami dua beradik datang kayuh basikal punya jauh bawa sauk jaring kecil je nak cari ikan. Dia pun sedekahkan ikan tu pada kami.

Aku kutip ikan dengan abang sampai nak separuh guni beras 5kg tapi ikan masih banyak lagi. Jadi kami pun sedekahkan juga selebihnya lagi pada budak – budak lain yang ada di situ. Mereka pun seronok juga dapat ikan.

Tapi bila abang dah mula masuk asrama. Aku la yang kena jadi macam anak sulung kat rumah tu. Ayah aku bina rumah sendiri sebab kami tak mampu nak upah orang. Jadinya setiap pagi selepas sarapan pagi dalam pukul 8 ke 9 pagi aku kena tolong ayah tapis pasir untuk dia guna bancuh simen nak ik4t bata.

Kena tolong dia paskan bata la. Itu rutin aku sampai ke tengah hari. Aku ada yer adik perempuan bawah aku dua orang tapi diorang happy je main patung la masak – masak la cara budak – budak diorang la. Tang aku kena buat kerja, wajib tolong ayah.

Kalau hari cuti sekolah panjang pula, aktiviti aku kena ikut ayah ke kebun tanam anak pisang. Cuti aku tiada rehat atau jalan – jalan keluar makan angin macam keluarga lain. Aku harus kerja dan membantu keluarga kalau tidak ayah akan mengungkit kata ingat senang ke nak membesarkan korang. Ingat senang nak cari duit.

Aku kadang-kadang mengeluh la juga sebab penat yelah asyik aku je yang kena buat itu ini sebab aku jenis tak membantah. Adik beradik lain kalau kata tak nak tak pe je. Kalau aku tak boleh nak kata tak nak sebab aku yang paling tua.

Aku lahir cerah je kulit membesar ni kulit sunburn teruk dan jadi tanned skin tangan aku gelap dikeranakan kerja di tengah panas selalu. Aku bukan merungut, atau tak bersyukur dengan hidup cuma kadang-kadang aku teringin nak jadi zaman kanak – kanak yang indah macam orang lain.

Yang mak ayah diorang tak memaksa pun anak mereka untuk dewasa sebelum umur mereka. Sekian luahan anak yang kurang kasih sayang dan perhatian. – Dunya (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Isteri jutawan Dubai dedah suami bayar RM1.4 juta setiap kali hamil -“Harga takboleh runding”