Ramai yang menyangka untuk bahagia dalam rumahtangga perlukan wang serta rupa. Salah!
Ini kerana wang dan rupa akan dimamah usia manakala hati yang baik pasti dapat dijaga hingga akhir usia.
Lain pula ceritanya dengan wanita ini yang mendakwa bapanya seorang yang sangat miang dengan makciknya disebabkan ibunya sudah menopous.
Salam semua, aku terus ke topik ye. Apa pendapat korang kalau ayah kau curang, tapi curang pulak dengan adik mak korang. Senang faham, ayah curang dengan makcik aku. Cerita macam ni, ayah aku ni umur dah 70 tahun. Mak aku umur muda setahun.
Aku masih lagi tinggal dengan ayah dengan mak aku. Sambil – sambil jaga, boleh juga payung sedikit belanja dapur. Kedua orang tua aku ni dah bersara. Jadi dua – dua ada pencen dan tak buat apa sekarang. Mak aku memang hanya duduk rumah, selalu s4kit pinggang, lutut dan sendi. Berlari lagilah. tak boleh apa lagi berjalan laju.
Yang ayah aku masih kuat. Selalu berekreasi petang – petang, selalu pergi surau dan masjid setiap 5 waktu. Selalu join aktiviti masyarakat macam rukun tetangga, berhuha sana sini minum – minum dengan kawan dan sebagainya.
Makcik aku tu pulak umur dalam 50an, dia janda yang bercerai hidup dan ada anak je tinggal dengan dia. Dan makcik aku tak bekerja. Satu hari aku terdengar, ayah berbual di phone di bilik tapi dalam keadaan senyap – senyap.
Untuk pengetahuan, ayah aku ni seorang yang bising dan lantang ketika berbual. Tapi kali ni lain. Telinga aku dapat tangkap antara perbualan tu “..bila nak datang sini? “jomlah, lama tak jumpa, nanti abang amiklah,”. Aku kenal sangat ayah aku, takkan sesuka hati panggil siapa – siapa dengan panggilan abang sesuka hati dan tone suara lembut slow pun dah pelik.
Boleh kata sejak dari Disember sampai sekarang, 3 kali dah aku dengar bercakap dengan suara lembut macam berbisik ni. Dan ayah aku pandai. Lepas dah call, dia delete semula history log dia. Yang buat kantoi, sekali je dia lupa nak delete bila aku check phone dia senyap – senyap. Dari situ aku tahu dia berhubung call dengan makcik aku tu.
Ada sekali tu pula dalam raya tahun lepas, makcik aku nak datang tidur rumah kami 2, 3 hari. Ayah beriya suruh bersihkan rumah, mop, vakum karpet. Aku macam what the fish? Selama ni rumah macam tongkang pecah, ayah tak pernah kisah pun.
Masa mereka nak datang beriya nak sambut dengan kebersihan. Tapi mak aku pun pelik, tapi tak panjangkan cerita. Kisah lain pula, dalam rumah tangga ayah mak aku ni. Ayah aku macam dah lama tak berhubungan badan dengan mak aku. Sebab mak aku dah monopous.
Ayah aku tak tahulah kalau dia da andropous ke belum tapi ayah aku rancak tengok cerita atau video yang tak senonoh atau buat kepuasan sendiri. Aku sorang kat rumah ni memanglah aku perasan. Ayah suka kunci pintu, biasanya pagi dan petang dan aku tahulah apa yang ayah aku buat masa tu.
Sebab dah kantoi juga bila aku check kat facebook, youtube dengan whatsap dia video bukan – bukan tu. Biasanya tiap kali lepas kunci pintu, dia akan mandi wajib lepas tu. Bukan lah selalu, tapi ada juga lah beberapa kali.
Aku macam tak sampai hati dan tak tahu macam mana nak bagitahu kedua mereka. Dan aku pun tak sampai nak sound makcik aku tu. Aku pernah tanya secara gurau kenapa mak macam tak layan je ayah. Mak cakap ayah macam dah berubah jadi lebih suka ambil tahu atau mengumpat pasal orang lain di masjid dan sangat kerap diceritakan balik pada mak sampai mak jadi marah.
Mak kata memang persekitaran masjid atau surau macam tu sebab tu ayah aku pun terjebak sebab dia dalam geng mengumpat tu. Dan juga akibat lain, per4ngai ayah yang suka bertanya benda sama berulang-ulang. Per4ngai lain pula, tak consider pada isu belanja dan nafkah, jadi mak selalu jadi turn off atau malas melayan per4ngai ayah.
Jadi mak cuma buat tugasan isteri macam sediakan makanan, masak, basuh pakaian, tu jelah. Tapi takde pun untuk nak sweet, cuddle, dan romantis macam orang baru kahwin. Mak pun tak kisah pun isu ayah tak bagi nafkah yang sepatutnya.
Aku rasa kadang-kadang tu, mak yang belanja 70% belanja dalam rumah tangga mereka. Tapi mak kata dia redha. Aku macam serabut lah bila fikir mak kadang-kadang macam salah sebab suka membebel tapi sebab per4ngai ayah juga yang susah nak lekat kat rumah.
Bila fikir ayah pula, dengan perbuatan mengumpat dan mengadu domba tu, perbuatan kepuasan batin sendiri tanpa bincang dengan emak atau perbuatan curang dengan makcik aku tu yang aku pening. Ayah dan mak aku tak berg4duh, tapi masing-masing aku rasa macam tak berada atas jalan yang betul di sisi syariah.
Aku tak berani nak suruh mereka berbincang. Aku lebih banyak jenis bagi hint, bagi kesed4ran untuk mereka sedar khilaf masing-masing. Tapi akhirnya aku tetap buntu. – Terluka (Bukan nama sebenar)
Baca juga: “Mertua guna nama suami beli rumah mewah, rupanya memang ada niat nak aniaya kami laki bini”