Uncle Kittu kesayangan murid-murid, ramai nangis & sebak sekolah rai majlis perpisahan ‘pak guard’

Perpisahan adalah sesuatu takdir yang tak mungkin dapat dielak. Bak kata orang, pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu pasti. Tapi bila perpisahan itu melibatkan orang yang baik dengan kita pasti kita rasa terharu bercampur sedih.

Seperti yang berlaku di sebuah Sekolah Bandar Baru Putera di Ipoh, video tular mereka menganjurkan majlis perpisahan seorang pengawal keselamatan yang akan berpindah ke sekolah baru. Beliau dikenali sebagai Uncle Kittu. Berdasar video yang dimuatnaik di Tiktok Fazlinda Aziz, semua murid-murid berpelukan tanda sedih di majlis perpisahan tersebut.

Murid-murid juga memberikan hadiah kepada Uncle Kittu. Menurut bacaan SK di ruang komentar, ada yang menceritakan kebaikan Uncle Kittu dan hubungan beliau dengan murid-murid. Uncle Kittu dikatakan selalu belanja murid-murid disitu. Beliau juga hafal sebahagian besar nama murid-murid tersebut.

Ada juga ibu bapa yang selalu mengambil anak-anak meluahkan rasa sedih kerana selepas ini tiada lagi kelibat Uncle Kittu di sekolah itu.

@lindalabu

Selamat Bertugas Di tempat baru Uncle Kittu

♬ Sampai Jumpa – Endank Soekamti

Baca juga: Hanya dengan jual kentut dalam balang, wanita ini berjaya meraih pendapatan RM200,000 dalam seminggu