Tiba-tiba sahaja nama Sungai Bakap menadi perhatian seluruh rakyat Malaysia selepas yang berhormat kawasan ini meninggal dunia pada 2 minggu lepas.
Mungkin ada yang belum pernah kenal dengan nama Sungai Bakap, malah ada yang keliru di negeri manakah Sungai Bakap ini terletak? Sungai Bakap terletak di Pulau Pinang.
Punyalah unik geografi kawasan Sungai Bakap ini, ianya terletak di hampir ketiga-tiga negeri yang berbeza. Malah ada yang kata pagi kerja di Perak, tengahari makan di Kedah malam makan malam di Pulau Pinang.
Begitulah uniknya Sungai Bakap.
Memetik dari Bernama, seorang Guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Nor Hannani Aminah Mahmud berkata kedudukan Sungai Bakap yang strategik membolehkan penduduk merentas tiga negeri pada bila masa sahaja tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh.
“Sungai Bakap ni unik. Nak pergi kerja kena lalu Kedah dulu, kemudian makan tengah hari pula di Perak.
“Kalau balik beraya pun, kami tidak tertekan menghadap perjalanan yang jauh sebab kurang sejam, dah boleh tembus (sampai) kampung,” katanya seperti dipetik Bernama.
Sungai Bakap, bandar dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang merupakan satu daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Nibong Tebal terletak bersempadan antara Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah yang menjadikan kawasan ini digelar sebagai ‘Utara Triangle’.
Baca: Ceramah PN di Sungai Bakap tak laku, pusat khidmat pun tutup