Menurut laman berita Oddity Central, wanita ini menyara dirinya selama bertahun-tahun hanya dengan bekerja sebagai pemberi nama bayi professional di Amerika Syarikat(US).
Taylor A. Humphrey, 33, menawarkan khidmat tersebut kepada ibu bapa yang ingin memilih nama sesuai untuk bayi mereka. Dia mengenakan bayaran antara AS$1,500 (RM6,353) hingga AS$10,000 (RM42,355) untuk perkhidmatannya.
Taylor A. Humphrey, 33, memberikan perkhidmatan menamakan bayi kepada ibu bapa yang mahu memilih nama anak mereka dan mengenakan bayaran antara AS$1,500 (RM6,353) hingga AS$10,000 (RM42,355) untuk setiap servis perkhidmatannya.
Selepas pelanggan menjawab beberapa soal selidik, Taylor akan membuat panggilan telefon untuk mencadangkan beberapa nama yang sesuai.
Pemilihan nama selalunya berdasarkan perniagaan dan susur galur keturunan.
Wanita itu juga berkongsi bahawa sejak kecil lagi sudah meminati bidang memberi nama bayi kerana kerap membaca buku yang memberi nama-nama bayi.
Pada tahun 2015, Taylor membuka akaun Instagram bernama @whatsinababyname untuk berkongsi nama bayi kegemarannya dan maksud di sebalik nama bayi itu.
Namun pada tahun 2018 barulah wanita itu mengambil sepenuh peluang untuk menjadikan hobinya sebagai sebuah kerjaya yang memberi habuan kepadanya.
Baca juga: Ramai taktahu blender tumpul boleh tajam kembali, ini rahsianya!