Lebih 1.2 juta pelajar pengajian tinggi warganegara Malaysia pastinya tersenyum gembira apabila mendapat e-baucar bagi pembelian buku berjumlah RM100 mulai hari ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengagihkan e-baucar tersebut secara berperingkat bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2024.
“Bagi fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan melalui kaedah e-baucar.
“KPT akan menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024)
“Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT– Graduate Reference Hub for Employment and Training (kendalian KPT) iaitu https://great.mohe.gov.my, bermula 1 Jun 2024 pukul 10 pagi,” katanya.
Menurut KPT, penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital, https: bookcapital.com.my sahaja.
“Jadi, setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja.
“Baki baucar buku selebihnya akan disalurkan pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak,” katanya.
Dalam masa sama, katanya, KPT menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkenaan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada pelajar terlibat.
“Pengumuman tersebut adalah satu langkah yang tepat dalam membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku.
“Ia sekali gus dapat membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT,” menurut kenyataan KPT lagi.
BACA JUGA Ini sebabnya kenapa akaun TikTok anda tak ada duit