Usia lebih 103 tahun lelaki ini kahwin lagi buat kali ke-3 semata-mata mahu lebih ramai anak

Usia lebih 103 tahun lelaki ini kahwin lagi buat kali ke-3 hanya satu sahaha iaitu mahu lebih ramai anak. Warga emas itu sudah mempunyai 15 anak dan ratusan cucu namun masih mengimpikan zuriat lebih ramai.

Beliau telah berkahwin dengan wanita berusia 37 tahun di Somar, kira-kira 180 kilometer dari Baghdad. Mukheilif Farhoud Al-Mansouri yang dilahirkan pada 1919 dan berasal dari wilayah selatan, Al-Diwaniyah

Seorang daripada anaknya, Abdul Salam berkata, selepas ibunya meninggal dunia 23 tahun lalu, baru bapanya berkahwin lagi.

Bagaimanapun, isteri kedua itu pernah meninggalkan bapanya sebelum kembali semula kepada keluarganya, pada tahun ini.

“Bapa menunggu beberapa bulan untuk melihat sama ada dia akan kembali.

“Apabila dia tidak balik, bapa meminta kami mencarikannya isteri ketiga yang mampu melahirkan lebih ramai anak untuknya. Pilihan kami ialah wanita baik yang dilahirkan pada tahun 1985.

“Mereka bertunang dan kemudian majlis berinai diadakan diikuti dengan perkahwinan yang dihadiri anak-anak serta cucu-cucu,” katanya.

Mukheilif berkata, isterinya masih muda dan bersedia untuk mempunyai lebih ramai bayi.

“Saya tidak mahu apa-apa daripada anak-anak dan hanya berdoa Tuhan memberkati mereka dan dapat menemani saya,” katanya.

Selain itu, anak sulungnya, Kadhem, 72, pula tidak kurang hebatnya apabila mempunyai 16 anak perempuan dan 17 anak lelaki daripada sembilan perkahwinan dan kini mempunyai empat isteri.

Kadhem berkata, ahli keluarganya sentiasa menghormati kehidupan dan percaya mereka tidak perlu takut untuk berkahwin dan mempunyai lebih ramai anak.

Baca juga: Kapal berharga RM143 juta untuk di letgo, ini kapal layar Asean Lady milik orang paling kaya Malaysia