Ustaz Abu Syafiq dedah Tuan Ibrahim antara yang tidak vaksin pergi umrah

Ustaz Abu Syafiq dedah Menteri Alam Sekitar tunai umrah tanpa vaksin.Abu Syafiq dalam satu hantaran video di laman media sosialnya berkata ahli Dewan Negara itu juga perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Hal itu kerana, katanya, selain dia, terdapat juga individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah itu namun tidak mendapatkan vaksin terbabit.

Abu Syafiq hari ini menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad, kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa jemaah yang tidak divaksinasi menunaikan umrah.

Hal itu kerana, katanya, selain dia, terdapat juga individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah itu namun tidak mendapatkan vaksin terbabit.

Menurut Abu Syafiq, mereka termasuk Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas lanjut, Abu Shafiq berkata Idris seharusnya menyiasat Tuan Ibrahim terlebih dahulu sebelum meminta pihak berkuasa bertindak terhadap dirinya.

“Semak menteri alam sekitar buat Umrah tak vaksin MM, Ustaz Abu Syafiq pun sama.

Untuk rekod Tuan Ibrahim merupakan timbalan presiden PAS manakala Idris adalah naib presiden parti itu.

“Jadi, sebelum nak panggil saya, nak semak saya, menteri agama perlu semak menteri alam sekitar dulu. Dia vaksin MM ke tidak semasa dia datang umrah,” gesanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

Abu Syafiq juga didakwa antara individu yang menolak vaksin Covid-19 berdasarkan beberapa kenyataan dan video dimuat naik di laman sosialnya.

Pada 6 Jan lalu, Kementerian Kesihatan mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.

-info rakyat-