Ustaz Budak didakwa cabul lelaki

SEORANG penceramah dan pendakwah bernama Syamsul Zaman yang lebih dikenali dengan panggilan “Ustaz Budak” hari ini dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan mencabul seorang lelaki minggu lepas.

Tertuduh bagaimanapun dilaporkan tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Ibrahim Muhammad Ghulam.

Ustaz Budak yang popular menyampaikan ceramah agama di YouTube itu dituduh melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun dengan mencium pipinya menggesel dan memegang kemaluan mangsa.

Perbuatan yang didakwa berlaku di sebuah hotel pada pukul 1.15 pagi pada 16 Disember lalu itu, dituduh di bawah Seksyen 377D Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan itu diuruskan oleh timbalan pendakwaraya Muhammad Shahril Ramli manakala Siti Atikah Abd Halim mewakili tertuduh sebagai peguam bela.

Tertuduh telah dibebaskan oleh mahkamah selepas membayar ikat jamin sebanyak RM3,000 yang ditetapkan oleh hakim sebelum itu berserta dengan seorang penjamin.

Tertuduh dikehendaki hadir semula ke mahkamah untuk menjalani proses sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 21 Januari tahun hadapan.

Sumber — https://www.milosuam.net/2020/12/cabul-lelaki-ustaz-budak-dihadapkan-ke.html#ixzz6hERxGjdx