Ustaz didakwa cabul 12 pelajar bawah umur dengan tiga taktik

Ustaz didakwa cabul 12 pelajar bawah umur dengan tiga taktik. Mangsa yang dicabul adalah berusia dalam linkungan 10 hingga 11 tahun.

Seorang guru agama dikenali sebagai S, 39 tahun dari Pangalengan, Bandung, Indonesia didakwa mencabul pelajarnya menggunakan tiga modus operandi sejak 2017.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini, jumlah pelajar yang dikenal pasti adalah seramai 12 orang.

“Rata-rata mangsa adalah berumur 10 hingga 11 tahun. Modus operandinya yang pertama adalah dengan mengajak mereka bermalam”, katanya.

Modus operandi pertama: Ajak bermalam di rumah suspek

Suspek akan mengajar untuk tempoh lama sehingga lewat malam, dan mengajak anak muridnya untuk bermalam sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral itu,” katanya.

Modus operandi kedua: Sebelum dihantar pulang, perlu mandi dahulu

Suspek sendiri akan cuba untuk hantar pulang, guru tersebut akan membawa anak muridnya ke bilik mandi dan mencabul mereka ketika sedang mandi.

Modus operandi ketiga: Ikut mangsa ke tandas dan cabul

Jika mangsa memilih untuk tidak tidur di rumah suspek, suspek akan mengikut mangsanya ke dalam tandas dan mencabul mereka.

Menurut DetikJabar, pihak berkuasa berkata, suspek akan didakwa di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda 300 juta Rupiah (RM88,520).

Baca Juga: Penceramah bebas ditahan kes amang seksual terhadap kanak-kanak

Baca Juga: Pentingnya dashcam dalam kereta, boleh bantu pihak berkuasa rakam kemalangan, pembuli jalanan