Ustaz Muhaizad tidak disambung semula tauliah mengajar di Kelantan

Perceramah terkenal Ustaz Muhaizad Mohamed tidak disambung semula tauliah mengajar di Kelantan walaupun telah memohon untuk penyambungan semula.

Pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah memberi alasan kepada Ustaz Muhaizat bahawa penyambungan tauliah tidak dapat dipertimbangkan.

“Namun dukacita dimaklumkan, pihak MAIK memaklumkan bahawa penyambungan tauliah untuk Ustaz Muhaizad Mohamed tidak dapat dipertimbangkan,” kata admin di Facenook.

Sebelum Ustas Muhiazad sebarkan makluman ini, pihaknya pastikan dulu isi kandungan surat ini adalah benar daripada MAIK dengan menghubungi pihak yang terlibat dan dimaklumkan ianya betul daripada MAIK.

Setelah ditanya atas alasan apa tauliah untuk Ustaz Muhaizad tidak diteruskan lagi, jawab pihak MAIK adalah kerana ianya keputusan mesyuarat itu sahaja.

“Oleh itu, kami pihak Ustaz Muhaizad memohon maaf kepada semua masjid yang menjemput al Fadhil Ustaz Muhaizad untuk berkuliah kerana tidak dapat tunaikan hajat pihak tuan puan buat masa ini.

“Doakan yang terbaik buat semua. Mudah mudahan dakwah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah tetap meluas di tanah serambi Mekah ini, Kelantan Darul Naim,” katanya.

Baca juga: Gara-gara ayah tak nak anak duduk jauh, sanggup bina rumah seorang satu untuk anak menantu