Vanidah Imran kahwin kali kedua, pilih jurutera sebagai suami

Vanidah Imran kahwin kali kedua, pilih jurutera sebagai suami. Pelakon jelita itu dilaporkan telah selamat bergelar isteri kali kedua bersama dengan jejaka pilihan, Arifabillah Idris.

Majlis pernikahan itu menyaksikan Arifabillah bergelar suami kepada pelakon itu hanya dengan sekali lafaz kira-kira jam pukul 12.12 tengah hari, Khamis.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, iaitu Johan Imran bertempat di sebuah premis di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kedua pasangan sejoli ini berbalas dua dulang hantaran namun jumlah wang hantaran tidak didedahkan. Manakala majlis dihadiri 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat Vanidah dan suami.

Baginya perjalanan mendirikan rumah tangga kali kedua tidak mudah namun mendapat restu daripada ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan selain ia dipermudahkan oleh Allah.

Ujarnya lagi, dia lebih memilih untuk mengunci mulut mengenai hubungannya bersama suami sebelum ini dan memaklumkan ia hanya diketahui oleh kedua anaknya, kawan rapat dan juga keluarga.

Pilih duda anak empat sebagai peneman hidup

Maklum Vanidah lagi, suaminya merupakan seorang duda kepada empat cahaya mata dan berharap perkahwinannya kali ini akan berkekalan sampai syurga memandangkan keduanya sudah mempunyai pengalaman hidup berumah tangga.

“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan.” katanya.

Baca Juga: Sharifah Sakinah gayakan rambut hampir botak, ramai puji nampak ‘cool’

Baca Juga: Minyak masak boleh guna maksimum 3 kali sahaja, risiko kanser jika dikitar berulang kali