Vida anggap punggung aset, tak peduli sudah berumur. Usahawan berusia 51 tahun itu menafikan dakwaan kononnya dia seorang yang jahil tentang agama kerana aksi tersebut hanya gurauan antara rakan-rakan perniagaan.
Menurut Kosmo, Vida tidak mahu hanya kerana faktor usianya, dia tidak boleh menayat asetnya kerana baginya punggung yang cantik adalah aset untuk wanita yang sebayanya.
“Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,” katanya, lapor Kosmo.
“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.
“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” kongsinya.
Terdahulu, pengasas jamu Liana Rosli atau popular dipanggil sebagai Kak KM memuat naik video berkenaan di laman Instagram memaparkan aksinya menepuk punggung Vida selain Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet.
Difahamkan, mereka berkumpul selepas sidang media bagi mempromosikan Karnival Usahawan Negara yang akan diadakan tidak lama lagi.
Walaupun dosa masing-masing, tak perlu ditayangkan kepada umum untuk melihat anda. Tidak semua layak dikongsi di media sosial, sebab apa yang diletak di media sosial ini akan kekal selamanya.
Baca Juga: Netizen berang lihat pengantin lelaki pukul isteri di hadapan tetamu
Baca Juga: “Kenapa bukan ucapan tahniah?”- Pelajar terkilan SPM dapat 6A tapi respon ibu buat hati terluka