Vida tempelak Marissa jadi penyondol, akui kasihan lihat Norman dan Abby tanggung malu

Akui kasihan melihat Norman Hakim dan Abby Abadi, usahawan terkenal Datuk Seri Vida menempelak perilaku anak dara pasangan tersebut yang kini dikatakan telah berkahwin lari dengan suami orang di Songhkla, Thailand.

“Allah, anak-anak kenapalah buat begitu pada ibu bapa?

“Saya pun ada anok tino (anak perempuan). Lain anak, lain ujiannya. Semoga dipermudahkan,” tulis Vida menerusi satu hantaran dalam Instagram miliknya.

Dalam video yang dikongsikan, Vida turut meluahkan rasa geram apabila Marissa yang didakwa menjadi isteri kedua lelaki tidak berduit itu. 

“Hey! Saya sebagai mak, geramnya. Kenapalah bernikah dengan budak seperti itu? Bukannya ada duit.

“Mu (Marissa) jadi madu orang (isteri kedua), menyondol? Kenapalah? Punya ramai lagi jantan kaya, muka lagi comel (kacak), boleh ambil, otak mu letak dekat lutut ke?

“Saya sebagai mak, rasa sakit. Tak tahulah mak ayah sebenar dia (Abby dan Norman) rasa macam mana. Geramnya, anak kita jaga, lahirkan punyalah cantik, pergi nikah dengan suami orang. Janganlah,” kata Vida.

Sejak kelmarin, nama anak pasangan pelakon itu menjadi bualan ramai apabila didakwa berkahwin lari dengan seorang lelaki yang bernama Aslam. 

Baca juga: “10 tahun kahwin sekali je suami pernah belikan baju, tak sangka aku yang ada PHD ni dapat suami miskin”