Pempengaruh media sosial, Alif Teega membuat pengakuan bahawa beliau telah berkahwin dengan isteri kedua beliau pada 18 November yang lalu.
Netizen juga dilihat sedang menghentam Alif yang secara terang-terangan membolak balik keterangan beliau yang sebelum ini seperti mendakwa disihir oleh pihak ketiga.
Namun apa yang menarik, netizen kembali mengorek video lama pempengaruh tersebut yang dilihat sedang bergurau dengan seorang wanita yang dipercayai isteri keduanya yang juga seorang staff di syarikat miliknya.
Sebelum ini, tular kenyataan dari isteri pertama iaitu Aisyah Hijanah yang mendakwa rumahtangganya di kacau oleh pekerjanya sendiri yang dianggap sebagai adik.
Untuk rekod, Alif dan Aisyah telah membina rumah tangga pada tahun 2017 dan diberkati dengan dua orang anak dan kini sedang sarat mengandung anak yang ketiga.
Baca juga: Aisyah Hijanah sangka suami terkena buatan orang, rupanya dalam diam sudah pasang dua ‘cawangan’