Bahang PRN Melaka semakin memuncak. Pertembungan 3 pakatan politik teras negara melibatkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudahpun mula bergerak mencari undi.
Tidak ketinggalan calon muda yang pertama kali dipertaruhkan dalam pilihanraya. Antara yang dianggap sensasi tentunya calon Perikatan Nasional bagi DUN Kota Laksamana, saudari Fong Khai Ling dari Parti Gerakan.
Khai Ling merupakan graduan Kolej Universiti Nilai lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di University of Sunderland.
Berumur 27 tahun, dia juga merupakan terlibat aktif dalam persatuan mahasiswa kampus dan pernah menjawat tugas sebagai penyampai berita NTV7 dan 8TV, syarikat milik Media Prima Berhad.
Namun disebalik pencapaian yang menarik itu, timbul dakwaan Khai Ling pernah terlibat memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk rakyat Malaysia lolos ke Israel menggunakan passport Malaysia memandangkan negara haram tersebut termasuk negara yang diharamkan untuk dilawati oleh kerajaan Malaysia sehingga kini.
Video berdurasi 1 minit itu memaparkan perkongsian dari Khai Ling itu bagaimanapun menimbulkan persoalan bagaimana seorang yang terang-terang mengajar rakyat melanggar undang-undang negara boleh dijadikan calon pilihanraya.
Rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan penemuan video ini. Bahkan mereka meminta tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat videi tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya.
Sehingga kini, masih tiada respon dari Khai Ling sendiri mahupun parti Gerakan dalam isu tersebut.
sumber : https://www.gemilangdaily.com/panas-calon-pn-yang-disokong-pas-ajar-teknik-masuk-israel/