“Video itu mereka rekod sendiri”, Michael Ang saran tengok Al Hijrah kalau tak suka aksi begini

Satu video yang dikongsikan di laman Tiktok tular selepas gandingan Emma Maembong dan Shahz Jaszle menari dan berpelukan sambil mengenakan baju pengantin untuk gandingan drama mereka.

Video tersebut boleh dikatakan khas buat pengantin baru yang sememangnya tidak sesuai untuk kedua-dua pelakon yang sudah berkahwin dan mempunyai pasangan di luar drama sehingga menimbulkan ketidaksenangan daripada penonton.

https://www.tiktok.com/@shahzjaszle/video/7129332939481025819

Tidak tahu video apa

Pengarah drama Mati Pucuk iaitu Michael Ang berkata dia sendiri tidak mengetahui mengenai video yang tular itu dan tidak menyedari kewujudan video terbabit

“Saya tak nak komen panjang pasal benda ni sebab saya tak tahu apa-apa dan tak pernah nampak pun video tu.”

Michael juga tidak menafikan babak tersebut memerlukan dua gandingan utamanya untuk berlakon mesra seperti pasangan yang baru berkahwin.

Baginya agak mustahil untuk melakukan babak perkahwinan dengan mengenakan jarak empat meter antara dua pelakon, kerana ianya akan kelihatan kekok dan janggal.

Dalam pada itu, Michael enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian netizen mengenai aksi lakonan mereka yang didakwa melampaui batas.

“Kalau ada video tu mereka rekod sendiri, tak ada kena mengena dengan saya. Kalau tak nak tengok, bukak siaran TV Al-Hijrah.”

Baca Juga: Biar penonton hukum dan nilai, drama kontoversi Zul Ariffin mungkin ditayangkan tahun ini

Baca Juga: Rupanya budaya marhaban yang lama ditinggalkan masih hidup di Bagan