[Video] Keluar simpang melulu, kancil kena langgar lori macam “tin sardin”

Bukan mudah menjadi seorang pemandu lori treler apabila berhadapan situasi titik buta (blindspot) kerena mereka tidak nampak kenderaan yang lebih kecil berada di sekelilingnya.

Baru-baru ini pengguna media sosial telah berkongsi satu rakaman dashcam di mana sebuah kereta Perodua Kancil dilanggar lori treler sebanyak dua kali setelah keluar dari simpang untuk masuk ke jalan raya utama.

Kemalangan berlaku pada pukul 3.09 petang semalam berdasarkan tarikh dan masa tertera pada rakaman dashcam lori treler yang berada di tempat kejadian di Pulau Indah, Klang menuju ke arah Westport.

Semasa kejadian tersebut berlaku, sebuah Perodua Kancil dipercayai cuba memasuki ke jalan utama dengan menyelit masuk semasa lori treler sedang bertali arus menggunakan jalan tersebut.

Ekoran saiznya yang kecil dan berada di posisi ‘blindspot’ untuk sebuah lori treler, lalu kereta Kancil tersebut dirempuh sehingga terpelanting ke tengah-tengah pembahagi jalan raya. Kemudian sekali lagi dirempuh oleh sebuah lori treler lain yang berada di laluan kanan jalan raya tersebut.

Rakaman video dashcam tersebut telah meraih perhatian orang ramai yang ngeri melihat keadaan kereta Kancil itu dilanggar hingga terbalik lalu dirempuh buat kali kedua.

Tambah orang ramai lagi nasib baik pemandu lori treler yang merakam kejadian kemalangan ini sempat menekan brek, jika tidak mungkin kereta Kancil tersebut mengalami kemalangan yang lebih serius.

Netizen juga berkongsi pendapat kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa mahu masuk ke jalan besar dan selalu berwaspada apabila menghampiri kenderaan bersaiz besar seperti lori treler kerana kenderaan tersebut mempunyai titik buta (blindspot) yang menghalang pandangan mereka berbanding pengguna kenderaan bersaiz lebih kecil.

sumber : https://www.thevocket.com/keluar-simpang-secara-melulu-kereta-kancil-dilanggar-lori-hingga-terbalik/