Sebuah konsert dikir barat yang tular di media sosial Tiktok menimbulkan kemarahan ramai apabila ia boleh dikategorikan sebagai parti liar.
Ia berikutan kehadiran seorang wanita yang menari gelek di konsert tersebut walaupun ia berada di sebuah negeri naungan PAS.
Konsert tersebut bertempat di Pantai Senok Bachok yang turut dihadiri ramai penduduk tempatan.
Menerusi sebuah akaun tiktok @wanzz.official2, pemuda ini mempersoalkan pemimpin-pemimpin PAS yang memberikan kebenaran untuk mengadakan konsert sebegitu ini negeri Islam.
Wan turut mahu Ustaz Azhar Idrus memberikan nasihat yang selalu dilakukannya jika ada isu-isu panas berlaku di negara.
“Tolong tag Ustaz Azhar Idrus, ustaz kata apa haritu? Jihad menentang kerajaan yang membenarkan konsert berleluasa”.
“Ini apa cerita ini ustaz? Ini negeri PAS ini ustaz”.
Sebelum ini nama Ustaz Azhar Idrus panas berikutan beliau memberikan teguran kepada kerajaan yang membenarkan konsert berleluasa dilakukan di negara ini.
Baca juga: “Berpuluh tahun ayah siakan aku dan ibu, tapi semuanya berubah bila ayah wasiatkan harta kat kami”